Takaful Keluarga Islamik Untuk Semua...

AIA PUBLIC TAKAFUL... A-MEDIK... AIA PUBLIC TAKAFUL A-MAS... AIA PUBLIC TAKAFUL A-EXCEL...

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya…………”
(Surah Al-Baqarah ayat 240).
Tepuk dada tanyalah minda!!! Apa yang telah berlaku pada saudara kita merupakan pengajaran berguna. Jika tidak dijadikan iktibar ternyata kitalah antara mereka yang rugi. Pilihan ditangan anda, ada yang mahal ratusan ringgit dan ada juga yang mampu milik. 

Ternyata pelaburan yang sedikit mampu meredakan kesengsaraan jiwa dan raga. Inilah yang dinamakan "payung" yang meneduhi kita kala dihujani dugaanNya... Qada' dan Qadar Allah S.W.T itu tiada siapa yang mampu melawan, namun pasrah dan tawakal tanpa berusaha dan berikhtiar itu bukanlah caranya. 

Tiada erti penyesalan demi menyelamatkan yang tercinta, namun yang hidup / sihat juga perlu disara dan dijaga. Akhirnya bertongkat dagu merenung hutang yang bertimbun dan harta yang tergadai... Dimanakah saudara dan dimanakah teman bergembira... Semuanya entah kemana... Penyelesaian??? Jalannya tetap jua ada, tebalkanlah muka meminta-minta, Bersamamu TV3 dan juga NONA.

Tika inilah penyesalan menggunung dihati tapi apakan daya nasi yang menjadi bubur telah pun basi. Kalau lah itu... kalau lah ini... segalanya dah tak berguna lagi. Akhirnya ada yang melarat dan ada yang merempat dibumi sendiri. 

Dimasa sihat inilah kita bersedia, diwaktu senanglah kita menyumbang dan dikala lapanglah kita beringat. Sekali terhantuk kita terngadah, itu perkara biasa. Dua kali terhantuk, malu lah pada diri sendiri.

Bercakap itu mudah, tapi amat payah untuk melaksanakan dengan apa yang dilafazkan. Jadilah seperti burung kakaktua yang pandai berkata-kata tetapi tidak tahu akan maknanya. Jadi, berhenti bercakap dan mulai lah bertindak agar bila tiba 'hari' kita, ternyata kita sudah bersedia. In Shaa Allah...


Apa Kepentingan Takaful dan Perlindungan Kepada Anda?

Ramai yang mempersoalkan keperluan takaful terhadap seseorang individu dan menganggap perlindungan takaful itu seolah-olah membebankan dan bukan satu keperluan. Seperti perkara asas kehidupan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, perlindungan takaful menyediakan semua keperluan tersebut apabila berlaku 2 perkara : sakit dan mati.

Perlindungan takaful penting untuk :
  • Menanggung kos perubatan dan pembedahan akibat kemalangan dan penyakit. 
  • Menanggung kos keperluan keluarga untuk jangka sederhana / panjang sebelum mereka benar-benar bersedia untuk berdiri diatas kaki sendiri.
  • Menanggung beban hutang piutang semasa hayat seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, pinjaman hartanah dan perumahan.
  • Menanggung kos dan liabiliti perniagaan yang merupakan 'harta' yang ingin kita wariskan ke anak cucu.
  • Menggelakan kerbergantungan terhadap wang / harta yang disimpan untuk tujuan kecemasan dan perubatan. Simpanan yang ada boleh dikekalkan jumlahnya untuk lain-lain tujuan yang lebih bermanfaat.
  • Menggelakkan maruah kita, isteri dan keluarga diperkecilkan dengan meminta-minta kepada orang lain. 
  • Menggantikan pendapatan kita yg hilang kerana tidak mampu lagi berkerja akibat penyakit dan kemalangan. 
  • Menampung kos sara hidup dan rawatan yang berterusan akibat penyakit kritikal dan kemalangan yang memerlukan rawatan susulan yang berterusan.
  • Menyediakan peninggalan atas dasar kasih sayang kepada mereka yang tercinta agar dapat meneruskan hidup dengan lebih baik dan sempurna. ( Harta Segera )
  • Menyediakan dana jariah secara pantas yang dihibahkan kepada badan amal sebagai bekalan akhirat bagi pembinaan masjid, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan sebagainya.


Siapakah Yang Memerlukan Perlindungan Takaful?


Kebanyakkan antara kita berpendapat perlindungan takaful ini adalah untuk mereka yang berada, yang mementingkan layanan kelas VVIP dihospital swasta, mereka yang tidak redha dengan ketentuan Illahi dan macam-macam lagi. Sedar atau tidak, perkara tersebut amat tidak benar sama sekali. 

Bagi mereka yang dikurniakan Allah SWT dengan kehidupan mewah dan segalanya mudah, segala kos perubatan yang perlu mereka sediakan umpama 'dicelah gigi'. Dengan simpanan jutaan ringgit ternyata mereka mampu mendapatkan rawatan sempurna hatta diluar negara sekalipun. Namun dengan kos rawatan yang semakin meningkat, emas setinggi gunung pun akan habis kalau dicangkul setiap hari. Jadi mereka ini mendapatkan perlindungan takaful untuk menjaga simpanan dan harta yang sedia ada supaya dapat digunakan untuk tujuan lain.

Jika anda beranggapan ada diantara  kita yang mengada-ngada untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan dengan layanan kelas pertama dihospital swasta dan memandang rendah dengan keupayaan hospital kerajaan. Ternyata pandangan anda salah kerana hanya mereka yang pernah mendapatkan rawatan dan pembedahan dihospital kerjaan sahaja yang tahu susah senang ketika berurusan dihospital kerajaan. Bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, anda sebagai rakyat juga harus tahu berapa banyak kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan demi memastikan rawatan yang diterima dalam kadar yang rendah. Segala bantuan dan subsidi kerajaan juga akan berubah-ubah mengikut dasar kerajaan dari masa ke semasa dan berkemungkinan pada suatu masa nanti, setelah bergelar negara maju dimana semua kemudahan percuma yang kita nikmati sekarang akan sampai ke penghujungnya.

Beriman kepada Qada' dan Qadar  adalah satu daripada rukun iman yang menjadi dasar seorang mukmin. Namun ada 2 jenis ketentuan yang ditetapkan kepada setiap hambaNya iaitu : Ketentuan yang tidak boleh diubah seperti ajal dan maut dan ketentuan yang boleh diubah dengan ikhtiar  seperti jodoh, rezeki dan kesihatan. Bercakap soal  isu 'tidak redha' dengan ketentuanNya, ingin saya bertanya pada tuan dan puan, adakah anda redha jika:
  • Meninggalkan isteri dan anak dalam keadaan miskin?
  • Melihat bapa, ibu, isteri dan anak bertarung ajal diatas katil hospital?
  • Melihat isteri dan anak mengemis bantuan dan sedekah?
  • Orang yang ditinggalkan miskin kufur dan murtad lantaran tidak sanggup menerima kepayahan hidup yang ekstrem.
  • Melihat segala harta yang ada habis tergadai / dirampas dan dilelong kerana sudah tidak mampu untuk meneruskan bayaran bulanan?
Jadi, siapakah mereka yang sebenarnya harus mememiliki perlindungan takaful?

  • Mereka yang tidak berduit - MISKIN
  • Mereka yang kurang duit - CUKUP MAKAN
  • Mereka yang memanjang tidak pernah cukup duit - POKET BOCOR


KAD PERUBATAN
Memandangkan kos rawatan semakin meningkat dan jumlah penduduk di negara kita semakin bertambah, ikhtiar dan usaha mendapatan rawatan dan pembedahan semakin merunsingkan fikiran kita semua. Disini, takaful menyediakan penyelesaian perubatan anda dimana hampir keseluruhan kos tersebut ditanggung oleh pihak pengendali takaful. 

Dalam mencari kad perubatan yang sesuai dengan anda, banyak perkara yang harus dititikberatkan terutama kos sumbangan bulanan yang perlu anda tanggung, faedah-faedah yang ditawarkan dan juga kemudahan akses ke hospital panel yang berdekatan. Selain itu, had pembiayaan seumur hidup kad perubatan juga turut perlu dipertimbangkan kerana rawatan kesihatan adalah keutamaan anda untuk jangka panjang. 



SIMPANAN PENDIDIKAN
Walaupun ekonomi keluarga anda ditahap yang memuaskan dan disokong pula oleh kerajaan dengan menawarkan pelbagai bantuan, biasiswa dan pinjaman pendidikan. Simpanan bagi pendidikan anak-anak anda janganlah dipandang ringan. Ini kerana jangkaan kos pendidikan dinegara kita semakin meningkat dari masa ke semasa dan dikhuatiri anak anda bakal menanggung hutang sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan. 

Dengan tangga gaji permulaan bagi seorang 'fresh graduate' yang ditawarkan dan juga kos sara hidup semasa, memungkinkan anak-anak anda tidak mampu melunaskan hutang tersebut secara konsisten dan pastinya akan memberikan kesan buruk terhadap hidup mereka bagi tempoh jangka panjang. Dengan dasar PTPTN yang menyenaraihitamkan graduan yang tidak membayar pinjaman dan tidak dapat bergerak bebas ke luar negara. Pelbagai kaedah masa depan yang bakal digunapakai oleh badan tersebut memungkinkan anak anda disenaraihitamkan secara ' CCRIS' dan kecenderungan anak anda diisytiharkan MUFLIS juga amatlah tinggi.




SIMPANAN PERSARAAN
Amatlah mendukacitakan apabila masa persaraan anda yang sepatutnya menjadi masa untuk BERIBADAH dan 'Goyang Kaki' tanpa perlu bimbang mengharungi saki-baki kehidupan menjadi mimpi ngeri. Realitinya masih terdapat ratusan ribu rakyat Malaysia terutama mereka yang berbangsa Melayu terpaksa berhempas pulas mencari nafkah untuk kesinambungan hidup. 

Bagi mereka yang bergantung terhadap pencen bulanan turut merasakan kesan akibat kenaikkan kos sara hidup, inflasi dan kos rawatan perubatan. Sebahagian besar daripada mereka juga masih mempunyai tanggungan hutang sama ada hutang kenderaan, kad kredit atau pinjaman perumahan. Dengan jaminan persaraan tambahan, hasil berjimat cermat dikala usia masih produktif. Segala kemungkinan ini mampu dihindarkan dan hari-hari tua anda dapat dilalui dengan tenang dan ibadah juga menjadi lebih mudah dan khusyuk.

PELABURAN / SIMPANAN PERNIAGAAN
Perniagaan adalah satu kaedah menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan 'makan gaji'. Namun ianya turut melibatkan risiko yang tinggi untuk gulung tikar. Perniagaan anda adalah harta anda dan menjadi warisan pusaka kepada anak cucu anda. Dengan melindungi perniagaan anda terutamanya kepada usahawan 'milikan tunggal' dimana risikonya lebih tinggi berbanding syarikat 'SDN BHD' ataupun 'BHD'. Ini kerana ianya melibatkan sitaan / pembekuan wang simpanan dan harta peribadi sekiranya anda gagal melunaskan hutang perniagaan.

Sebagai usahawan / peniaga, anda sudah pasti mempunyai impian besar untuk mengembangkan perniagaan anda dengan menambah cawangan baru mahupun menambahkan kapasiti pengeluaran agar berdaya saing dipasaran. Namun usaha dan impian anda seringkali terbantut dengan karenah birokrasi bank-bank tempatan dan juga badan-badan pinjaman / kewangan kerajaan yang menawarkan pinjaman perniagaan. Perkara sebegini dapat dielakkan sekiranya anda menyimpan dan melabur untuk jangka sederhana dan panjang. Selain menjana pendapatan pasif, sudah pasti impian anda tertunai tanpa perlu meminjam walau sesen pun daripada sesiapa. 


SEDEKAH / WAKAF
Takaful juga mampu memainkan peranan sebagai kunci kebahagiaan akhirat dan jihad dimana harta peninggalan / khairat musibah yang diperuntukkan boleh diwakafkan atau disedekahkan kepada badan-badan amal pilihan. Selain mencari kesenangan dunia, persediaan untuk akhirat juga harus dicari. Namun untuk menyediakan ratusan ribu untuk disedekahkan kepada maahad tahfiz atau rumah anak yatim serta membina masjid mungkin diluar kemampuan kita semua.

Dengan menyertai takaful, sebahagian ataupun keseluruhan harta tersebut boleh dihibahkan atau dihadiahkan kepada mana-mana badan amal sebagai jariah kita dan sedikit sebanyak dapat membantu insan lain untuk menikmati kehidupan dengan lebih sempurna. Ganjaran pahala juga berterusan selagi harta wakaf / sedekah itu masih diguna pakai selama mana yang boleh. Hanya tiga perkara yang memberikan syafaat berterusan setelah kita meninggalkan dunia yang fana ini :
  • Doa Anak yang Solleh
  • Ilmu Baik Yang Bermanfaat
  • Sedekah Dan Amal Jariah

Wallahu'alam...